Tentang Kami Pakej Menu Galeri Ulasan Pelanggan FAQ Terma & Syarat 💳 Pay Booking ☕ Kafe Kami
🎉 PROMO KHAS! Tempah sekarang & dapatkan RM 50–RM 100 DISKAUN — Sah sehingga 30 Syawal 2026. Tempah Di Sini →
Katering Kopi Espresso Segar

Kopi Segar Untuk
Majlis Anda

Dari majlis perkahwinan hingga acara korporat — kami hadir dengan mesin espresso, barista berpengalaman, dan biji kopi Arabica terbaik.

Lihat Pakej
Tatal ke bawah
Event setup PPM Barista sedang menyeduh kopi Hidangan kopi

Dari Pencinta Kopi
Kepada Barista Profesional

Dari suka-suka minum kopi, kami melompat dari kafe ke kafe untuk merasa kepelbagaian air tangan barista. Akhirnya, kami mula belajar menyeduh kopi sendiri. Selesai kursus SCA Barista, kami mula menjual kopi dari belakang kereta menggunakan Moka Pot.

Lama-lama, kami bertukar ke Rokpresso, kemudian mendapat jemputan untuk menghidangkan kopi di majlis-majlis kecil. Hasil sambutan hangat pelanggan, kami akhirnya bertukar ke mesin espresso sepenuhnya.

Kini, Biji Kopi Arabica segar diseduh menjadi tawaran kami — majlis perkahwinan, aqiqah, hari jadi mahupun acara korporat. Biarkan kami berkongsi minat kami terhadap kopi dengan anda, dari setiap cawan.

☕ Arabica Pilihan 🏅 SCA Barista Certified 📍 Lembah Klang & Sekitar 🤝 Perkahwinan & Korporat

Pilih Pakej Yang Sesuai

Tiga pakej eksklusif untuk majlis anda. Semua pakej termasuk barista berpengalaman dan peralatan espresso lengkap.

Memuatkan…
Memuatkan…
Memuatkan…

Ulasan Pelanggan Kami

⭐⭐⭐⭐⭐

Great tasting drinks! Such a big hit at my event. Thank you team. Highly recommend!

— Hana Ruslan
⭐⭐⭐⭐⭐

Their set up was vibing. Coffee tastes super good. Sampai kene tambah cup cuz everyone repeat. Uncle yg x minum kopi pun ended up repeat kopi. Fahim & Diana tak pernah berhenti senyum — 7:30am dah sampai & start setup. I will repeat for all other events!

— Erna Syafinaz, Kakak Pengantin
⭐⭐⭐⭐⭐

Alhamdulillah, dari yang tua sampai muda semua cakap sedap your coffee. Terima kasih mudahkan urusan dari hari pertama sampai hari ini. Kami doakan perniagaan coffee you semakin maju dan berjaya 🤍

— Puan Dur

Bersedia Untuk Majlis Anda?

Tempah servis katering kopi kami sekarang dan jadikan majlis anda lebih berkesan!

📋 Isi Borang Tempahan

Soalan Yang Sering Ditanya

Ada banyak lagi soalan? Hubungi kami terus di WhatsApp.

Kami memerlukan lebih kurang 5 kaki × 5 kaki untuk set up peralatan kami, berdekatan dengan plug point dan kalau boleh, sinki.
Servis berlangsung 5 jam (tidak termasuk set up 1–3 jam sebelum majlis). Lebih daripada 5 jam: RM 50/jam. Sewa props/kaunter: cas mengikut kadar harian.
Deposit 50% daripada jumlah pakej diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Invois lengkap diberikan selepas majlis, sekiranya ada penambahan cawan atau jam servis.
Deposit adalah tidak dikembalikan (non-refundable). Pelanggan dinasihatkan mencari pengganti. Sekiranya pihak kami yang batalkan, deposit akan dipulangkan sepenuhnya.
Kami memberi perkhidmatan di seluruh Lembah Klang. Luar Lembah Klang juga boleh, ada caj pengangkutan tambahan mengikut lokasi dari Shah Alam.
Kami melayani majlis perkahwinan (nikah/sanding), hari jadi, majlis aqiqah, open house, dan acara korporat. Pendek kata, apa-apa majlis yang memerlukan kopi segar!
Semua bayaran melalui Online Payment atau transfer ke Maybank: Pahit Pahit Manis Enterprise — 562106855883. Baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum servis bermula.

Syarat-Syarat Servis

  1. Tempahan hanya sah dengan pembayaran deposit (tidak dikembalikan) sebanyak 50% daripada jumlah caj.
  2. Deposit akan lupus sekiranya berlaku pembatalan atau perubahan waktu oleh pelanggan.
  3. Bayaran deposit hanya diterima melalui online transfer.
  4. Segala bayaran hanya diterima melalui online transfer ke akaun Maybank Pahit Pahit Manis Enterprise — 562106855883.
  5. Baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum servis katering bermula.
  6. Pelanggan hendaklah menyediakan ruang khas untuk set up segala perkakas dan peralatan katering.
  7. Pelanggan harus memaklumkan sebarang perubahan (lokasi/tarikh) sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum majlis.
  8. Dengan pembayaran deposit, pelanggan tertakluk kepada semua syarat di atas.
  9. Jika pihak kami membatalkan servis atas sebab tidak dapat dielakkan, deposit akan dipulangkan.
  10. Pihak kami berhak batalkan tempahan tanpa memulangkan deposit jika syarat-syarat tidak dipenuhi.
🏦
Akaun Pembayaran:
Maybank — Pahit Pahit Manis Enterprise
No. Akaun: 562106855883
Hubungi Kami

Ada Pertanyaan? Kami Sedia Membantu.